Susunan Ramlah Zainal


Washington: Aktres Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh, 61, menerima penghormatan tertinggi Amerika Syarikat (AS) iaitu Pingat Kebebasan Presiden daripada Presiden AS, Joe Biden pada majlis rasmi di Rumah Putih di Washington, hari ini.

Menurut laporan Agensi, pingat itu diberi atas kejayaan Michelle sebagai warga Asia pertama mengungguli trofi Pelakon Wanita Terbaik pada Anugerah Akademi (Oscar) Ke-95, tahun lalu.

Michelle melakar sejarah apabila diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik pada Oscar menerusi filem Everything Everywhere All At Once (EEAAO).

Pingat Kebebasan Presiden dianugerahkan kepada orang awam dan anggota tentera yang tidak terhad kepada rakyat AS.

Biden menganugerahkan Pingat Kebebasan (Medal Of Freedom) kepada 19 penerima di Rumah Putih.

Biden dalam ucapan menyifatkan penampilan Michelle berjaya memecahkan sterotaip sekali gus melangkaui jantina, budaya, bahasa dan dalam masa sama memberikan inspirasi kepada orang ramai menerusi lakonannya.

Joe Biden anugerah Pingat Kebebasan Presiden kepada aktres Hollywood kelahiran Malaysia, Michell Yeoh - Foto AFP
Joe Biden anugerah Pingat Kebebasan Presiden kepada aktres Hollywood kelahiran Malaysia, Michell Yeoh - Foto AFP

"Di dalam dan di luar skrin, Michael telah menghancurkan stereotaip dan siling kaca untuk memperkayakan, meningkatkan budaya Amerika.

"Peranannya melangkaui jantina, budaya dan bahasa, mempertahankan diri untuk seni mempertahankan diri, kepada komedi romantis, fiksyen sains, untuk menunjukkan kepada kita apa yang kita semua mempunyai persamaan.

"Sebagai pelakon Asia pertama memenangi Anugerah Akademi, sebagai pelakon terbaik, dia merapatkan budaya bukan sahaja untuk menghiburkan, tetapi juga memberi inspirasi dan hati terbuka. Dan itulah yang dia terus lakukan. Tahniah," katanya.

Terdahulu, Michelle juga muncul sebagai bintang Asia pertama meraih kategori Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Akademi Ke-95 pada Mac 2023.

Sementara itu, Biden turut menyampaikan penghormatan kepada atlet renang Katie Ledecky yang pernah memenangi 16 pingat emas individu dan 21 pingat keseluruhan di Kejohanan Akuatik Dunia dan tujuh pingat emas Olimpik.

Antara senarai penerima lain adalah ahli politik Nancy Pelosi, bekas Senator Elizabeth Dole, bekas Naib Presiden Al Gore, Setiausaha Negara John Kerry dan Datuk Bandar New York terdahulu, Michael Bloomberg.

Joe Biden anugerah Pingat Kebebasan Presiden kepada aktres Hollywood kelahiran Malaysia, Michell Yeoh - Foto AFP
Joe Biden anugerah Pingat Kebebasan Presiden kepada aktres Hollywood kelahiran Malaysia, Michell Yeoh - Foto AFP

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Mei 2024 @ 11:28 AM