WILL Smith
WILL Smith
Syafil Syazwan Jefri

ACARA Academy Awards Ke-94 atau Oscars 2022 baharu saja melabuhkan tirainya lagi semalam.

Namun, yang menjadi bualan ramai di acara berprestij itu untuk tahun ini bukanlah mengenai filem atau pemenang-pemenang pelbagai kategori yang dipertandingkan.

Sebaliknya, insiden pelakon dan pelawak, Chris Rock yang ditampar oleh pelakon, Will Smith mencuri perhatian pengikut dan peminat Hollywood dari seluruh dunia.

Ada yang menganggap apa yang berlaku umpama sudah dirancang, namun, tidak kurang juga yang yakin bahawa itu adalah tindakan wajar dilakukan Smith untuk melindungi maruah isterinya, Jada Pinkett Smith selepas dijadikan bahan tawa Rock.

Berbalik kepada kemenangan, filem CODA diumumkan sebagai Filem Terbaik sekali gus berjaya mengalahkan filem-filem lain iaitu Belfast, Don't Look Up, Drive My Car, Dune, King Richard, Licorice Pizza, Nightmare Alley, The Power of the Dog dan West Side Story.

Tidak hanya itu, CODA juga menggondol anugerah untuk kategori Skrip Adaptasi Terbaik. Sementara itu, filem Belfast pula berjaya memenangi kategori Skrip Asli Terbaik.

RUANG yang luas dan selesa.
RUANG yang luas dan selesa.

Kategori Filem Cereka Antarabangsa Terbaik pula dimenangi oleh filem Drive My Car manakala kategori Dokumentari Terbaik dimenangi oleh The Queen of Basketball.

Pengarah filem The Power of the Dog, Jane Campion diumumkan sebagai Pengarah Terbaik untuk tahun ini.

Kategori utama iaitu Pelakon Terbaik Lelaki dan Wanita masing-masing dimenangi oleh Will Smit yang membintangi filem King Richard dan Jessica Chastain (The Eyes of Tammy Faye).

Filem The Eyes or Tammy Faye tidak hanya membawa pulang satu anugerah, tetapi juga satu lagi anugerah dalam kategori Solekan dan Tatagaya Rambut Terbaik.

Kategori Pelakon Pembantu Terbaik Lelaki dan Wanita pula masing-masing dimenangi Troy Kotsur (CODA) dan Ariana DeBose (West Side Story).

Lagu Asli Terbaik dimenangi oleh filem No Time To Die dan kategori Filem Animasi Cereka Terbaik dimenangi oleh filem Disney Encanto.

SENAMAN ringan untuk pesakit kencing manis.
SENAMAN ringan untuk pesakit kencing manis.

PERSEMBAHAN lagu We Don’t Talk About Bruno.
PERSEMBAHAN lagu We Don’t Talk About Bruno.

Filem Dune tidak pulang dengan tangan kosong apabila diumumkan sebagai pemenang Kategori Rekaan Produksi Terbaik, Pencapaian Bunyi Terbaik Skor Asli Terbaik, Kesan Visual Terbaik, Suntingan Filem Terbaik.

Kategori Rekaan Busana Terbaik pula seperti dijangka, dimenangi oleh filem Cruella.

Filem Pendek Animasi Terbaik dimenangi filem The Windshield Wiper manakala Filem Pendek 'Live Action' Terbaik dimenangi The Long Goodbye.

Selain pemenang-pemenang serta insiden luar jangkaan yang berlaku, Oscars pada tahun ini juga menyaksikan perkongsian daripada pihak penganjur mengenai keprihatinan mereka terhadap situasi perang yang melanda antara Rusia dan Ukraine.

Oscars 2022 diacarakan Wanda Sykes, Amy Schumer dan Regina Hall di samping persembahan hebat antaranya lagu No Time To Die yang dipersembahkan oleh Billy Eilish dan abangnya, Finneas, serta persembahan lagu We Don't Talk About Bruno yang dinyanyikan Becky G, Megan Thee Stallion, dan Luis Fonsi.

KEMUDAHAN dapur yang disediakan pemaju.
KEMUDAHAN dapur yang disediakan pemaju.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Mac 2022 @ 6:10 AM