Agensi

Los Angeles: Filem CODA dinobatkan sebagai Filem Terbaik di acara Academy Awards ke-94 (Oscars) yang berlangsung hari ini.

Filem arahan pengarah Sian Heder itu berkisar mengenai gadis yang dilakonkan oleh Emilia Jones, yang menjadi satu-satunya anggota keluarga yang dapat mendengar dalam keluarga yang pekak.

Di acara itu, CODA tercalon dalam tiga kategori dan satu daripadanya dimenangi oleh Troy Kotsur yang juga mencipta sejarah apabila berjaya membawa pulang anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Itu adalah kali kedua pelakon cacat pendengaran (pekak) memenangi Oscars selepas kali terakhir dimenangi oleh Marlee Matlin pada 1987 menerusi filem Children of a Lesser God.

Filem CODA juga sebelum ini memenangi kategori Persembahan Terbaik Pelakon Dalam Filem di acara SAG Award.

Selain Jones, Kotsur dan Matlin, CODA juga turut dibintangi oleh Eugenio Derbez, Ferdia Walsh-Peelo dan Daniel Durant.

Barisan pelakon filem CODA yang menang kategori Filem Terbaik. FOTO AGENSI
Barisan pelakon filem CODA yang menang kategori Filem Terbaik. FOTO AGENSI

 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Mac 2022 @ 12:55 PM