WANIE Kayrie.
WANIE Kayrie.
Georgie Joseph

 

Kuala Lumpur: Penyanyi Wani Kayrie bersyukur dapat mengekalkan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) yang baik dalam pengajiannya biarpun sibuk dengan kerjaya seni.

Wani, 21, atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah mengakui tugasan itu bukan mudah dan terpaksa bergelut bagi seimbangkan kerjaya artis dan akademik.

"Saja nak berkongsi apa yang saya sedang 'struggle' sebab ya, saya banyak kongsi fasal kerja saja kan? Dan semua pelajar tahu tak senang nak kekalkan CGPA. Tak pernah mudah apabila bekerja dan belajar pada masa serentak. 

"Semuanya bergantung kepada disiplin dan pengurusan masa. Untuk peroleh rakan pasukan yang terbaik dan sangat membantu cukup saya syukuri. Kalau ada yang dilema nak sambung belajar tapi nak kerja pada waktu sama, disiplin dan komitmen adalah kuncinya," katanya.

Menerusi hantaran dimuat naik di Instagram, Wani berkongsi keputusan terbaharunya yang mendapat CGPA 3.42.

Menurut Wani yang juga pelajar dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dan Perdagangan di Management & Science University (MSU), untuk semester keempat ia lebih mencabar dengan banyak subjek.

"Slaid pertama adalah keputusan terbaharu saya. Slaid kedua adalah keputusan terdahulu. Alhamdulillah untuk keputusan ini. 

"Walaupun hanya dua subjek untuk semester lalu, tapi saya sangat bangga dengan diri sendiri. Dan mereka yang ada dengan saya tahu betapa sukarnya saya bergelut. 

"Terkini, saya perlu berusaha keras untuk semester lebih panjang dengan empat subjek perundangan, satu kewangan, satu PEC, penggambaran, dan rakaman pada masa sama," katanya.

Wani yang kini menjadi hos Didik TV juga yakin mampu mengharungi semester terbaharu itu dan berharap terus berjaya dalam kerjaya dan pelajaran.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Oktober 2021 @ 3:21 PM