SYATILLA (kanan) bersama Shaheizy Sam.
SYATILLA (kanan) bersama Shaheizy Sam.
Sudirman Mohd Tahir

PELAKON Syatilla Melvin, 29, yakin jika suaminya yang juga pelakon terkenal, Shaheizy Sam tidak akan mempersiakan kepercayaan yang diberikan sejak berkahwin empat tahun lalu.

Syatilla atau mesra disapa Tila berkata, dia tidak takut suaminya digoda wanita lain kerana mengetahui pelakon itu tahu menjaga batasan.

"Saya percaya Sam tidak akan berbuat demikian tetapi sebagai wanita saya tetap berfikir. Disebabkan itu, saya menceburi bidang perniagaan untuk mempunyai sumber kewangan yang stabil.

"Saya tidak mahu hanya bergantung pada dunia lakonan kerana kita sedia tahu jangka masa seorang pelakon itu tidak lama. Jadi saya perlu ada simpanan sendiri demi kebaikan pada masa hadapan," katanya.

Disebabkan itu, Tila kini sedang rancak mengembangkan perniagaan yang mula dibina sejak lebih setahun lalu.

Selepas kejayaan produk Kekasih by The Melvins, Tila bakal muncul dengan produk jamu pula yang dijangka dikeluarkan bulan depan.

"Saya mengembangkan perniagaan dengan tampil dengan produk baharu, jamu. Kenapa saya pilih jamu? Ini kerana saya mengamalkan pengambilan jamu iaitu sejak berusia 15 tahun lagi.

"Diakui saya suka memakan jamu kerana apabila mengamalkan, saya rasa bertenaga, malah saya dapat merasakan perbezaan dari segi dalaman, apatah lagi selepas berkahwin dan melahirkan anak.

"Selain itu, ia juga boleh menjaga hubungan suami isteri. Apatah lagi zaman sekarang ini kita boleh lihat pelbagai permasalahan di antara suami dan isteri, jadi apabila saya mencuba jamu ini ia sangat membantu hubungan saya dan suami," katanya.

Tila dan Sam yang berkahwin pada 8 Februari 2016 mempunyai dua cahaya mata iaitu Sheriv Samheizy, 3; dan Sarima Samheizy, 2.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Ogos 2020 @ 4:50 PM