SAM dan Tilla lancar produk Pengaseh.
SAM dan Tilla lancar produk Pengaseh.
Sudirman Mohd Tahir


BERSEMPENA meraikan ulang tahun perkahwinan kelima pada 8 Februari lalu, pasangan suami isteri popular, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin berkongsi hari bahagia mereka itu bersama peminat pada Malam Virtual Pengaseh secara langsung di Facebook Shaheizy Sam dan YouTube SamTilla TV.

Menurut Sam, dia ingin berkongsi kenangan terindah dan momen sepanjang tempoh perkahwinan mereka kepada peminat yang sentiasa memberikan sokongan.

"Saya tahu lima tahun jangka masa yang singkat, tetapi ia amat bermakna untuk kami. Apatah lagi selepas kami membuat keputusan untuk mengeluarkan produk jamu Pengaseh, banyak saya dan Tilla kongsikan dari segi idea pengasilan produk, cara pemasaran dan sebagainya.

"Banyak yang kami belajar bersama. Alhamdulillah ramai yang semakin berjaya dan berharap menjadi pendorong kepada pasangan suami isteri lain untuk menjana pendapatan bersama untuk menjadi stokis dan ejen Pengaseh," katanya.

Bagi Tilla pula, sambutan itu lebih bermakna apabila dia turut meraikan hari jadi ke-30.

"Pada usia ini, saya sangat bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang serba lengkap, suami yang banyak memberikan dorongan serta perniagaan yang saya ceburi bersama Sam, mendapat respons yang baik.

"Saya berharap dengan adanya produk yang kami usahakan bersama, ia akan terus menjadi pengikat kasih sayang kami dan membuka peluang peminat untuk bersama-sama kami di dalam perniagaan ini. Saya sangat bersyukur kerana dapat berkongsi rezeki dengan orang lain yang sama-sama ingin berjaya," katanya.

Bagi meraikan sambutan ulang tahun perkahwinan mereka, Sam dan Tilla memberikan hadiah percutian kepada peminat bertuah yang menonton mereka secara langsung.

Pemenang berpeluang bercuti bersama pasangan itu ke Golden Sands Resort by Shangri-La Penang.

SAM dan Tilla rai ulang tahun perkahwinan kelima.
SAM dan Tilla rai ulang tahun perkahwinan kelima.

Dalam masa sama, Tilla turut berkongsi amalan pengambilan jamu sejak berusia 15 tahun lagi membuatkan dia dan suami bertekad untuk menghasilkan produk minuman jamu, Pengaseh (Pelaris Cinta) di pasaran khusus untuk wanita.

Menurut Tilla, produk itu dihasilkan daripada ramuan terbaik hasil pengalaman sendiri dan selepas mendapat nasihat daripada individu pakar serta pihak bertauliah.

"Saya sendiri boleh rasa impaknya dari zaman bujang hingga sekarang. Bayangkan, saya rasa lebih bertenaga termasuk mampu rasa perbezaan dari segi dalaman apatah lagi selepas berkahwin dan melahirkan anak.

"Ia berperanan membantu hubungan bersama suami. Pada masa sama, saya hendak tolong wanita lain kerana percaya hubungan intim yang baik perlu berjalan di antara suami isteri. Benar, hubungan seksual amat penting dalam rumah tangga. Ia kunci kekal bahagia,"katanya.

Dikurniakan dua cahaya mata comel, Sheriv Samheizy, 3, dan Sarima Samheizy, 2, tiada lain diinginkan oleh pasangan itu kecuali berkongsi sedikit pengalaman dan rezeki yang dimiliki kepada masyarakat agar taraf hidup dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Pada sesi siaran langsung itu, acara turut dimeriahkan dengan persembahan Istimewa daripada penyanyi, Kaka Azraff dan dihoskan oleh Ain Edruce.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Februari 2021 @ 6:30 AM