DARI kiri, Wee, Mohd Azizi dan Lee pada majlis pelancaran.
DARI kiri, Wee, Mohd Azizi dan Lee pada majlis pelancaran.

Rawang: Low Yat Group (LYG) yang membangunkan projek perumahan dua tingkat Acasia Park, Bandar Tasik Puteri (BTP) akan melancarkan pratempahan fasa keduanya dalam tempoh dua bulan lagi.

Pelancaran berikutan hampir 95 peratus unit rumah dibangunkan dalam satu daripada jumlah keseluruhan 224 unit sudah ditempah oleh pembeli sejak prapelancarannya dua bulan lalu.

Pengurus Kanan Jualan, Pemasaran dan pembangunan perniagaannya, Wang Le Lan berkata sambutan hangat itu berdasarkan keghairahan orang ramai mahu memiliki rumah selain kondominium dan apartment.

“Harga rumah yang bermula RM447,000 sehingga RM681,800 juga berpadanan dengan keluasan binaan rumah iaitu daripada 1,660 kaki persegi hingga 2,067 kaki persegi.

“Selain itu, BTP juga bakal mempunyai susur keluar dan masuk berharga RM100 juta ke Lebuhraya Guthrie menuju ke Kuala Lumpur yang dijangka siapa pada 2016 menjadikan perjalanan ke ibu kota hanya mengambil masa kurang 20 minit,”kata selepas majlis pelancaran fasa satu di sini.

Tambah Wang lagi, berdasarkan trend kumpulan pembeli di Acacia Park, hampir 80 peratus adalah mereka yang mahu menetap bersama keluarga manakala baki 20 peratus kumpulan pelabur hartanah.

Sebelum itu Pengarah Kumpulan LYG, Wee Beng Sang, Pengarah pembangunan hartanah, Lee Kok Wah dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang, Mohd Azizi Mohd Zain melancarkan fasa satu secara rasminya di galeri jualan mereka di BTP,

Acacia Park mempunyai empat fasa keseluruhan, fasa pertama berkeluasan 6.7 hektar dijangka siap dalam tempoh 24 bulan dari sekarang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 November 2014 @ 5:01 AM