LAKARAN rumah contoh mampu milik dibangunkan Kumpulan Belleview.
LAKARAN rumah contoh mampu milik dibangunkan Kumpulan Belleview.
Oleh Zuhainy Zulkiffli

Georgetown: Syarikat pemaju hartanah Kumpulan Belleview (Belleview) menawarkan diskaun sehingga RM20,000 bagi pembelian rumah mampu milik melalui projek Kulim Techno City (KTC) Fasa 2A di Kulim, Kedah.

Tawaran sempena Tahun Baru Cina itu diadakan menerusi pakej ‘CNY Prosperity’ bagi unit terpilih dan mengikut terma serta syarat.

Pengurus Jualan dan Pemasarannya Liz Lim berkata, promosi itu hanya ditawarkan semasa penganjuran rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina syarikat terbabit pada 10 Februari ini di Kulim Sales Gallery, Off Jalan Mahang, Kulim Hi-Tech Park, Kulim, Kedah bermula jam 10 pagi hingga 5 petang.

Beliau berkata, tawaran diskaun itu terhad kepada 20 unit sahaja dan pembeli bertuah berpeluang menerima duit raya atau ‘ang pau’ bernilai sehingga RM2,888.

Menurutnya, fasa perumahan pegangan bebas itu membabitkan sejumlah 149 unit iaitu 127 unit teres satu tingkat dan 22 rumah teres 1 ½ tingkat pada harga dari RM260,900 seunit.

“Kediaman Fasa 2A dengan keluasan 22 x 70 kaki membabitkan ‘Typical Unit’ manakala bagi lot sudut pula antara 3,057 hingga 7,104 kaki persegi.

“Orang ramai boleh mendapatkan pakej istimewa termasuk pengecualian bagi yuran guaman dan duti setem,” katanya.

Beliau berkata, projek Kulim Techno City (KTC) Fasa 2A dibina pada kedudukan strategik iaitu berhampiran Jalan Lingkaran Luar KTC sepanjang 1.8 kilometer.

Jalan Lingkaran Luar terbabit berupaya meningkatkan akses antara bahagian pembangunan KTC di Kedah serta menghubungkan Kulim High-Tech Park (KHTP) dengan kawasan kejiranannya. Ia adalah akses mudah ke lebuh raya, Hospital Kulim, stesen minyak, sekolah, balai polis dan balai bomba serta Kulim Golf and Country Club.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Februari 2016 @ 5:04 AM