Bintulu: Seorang kanak-kanak lelaki tiga tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari beranda rumahnya di Sungai Labang, 5.30 petang, hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa asyik bermain di beranda sebelum tergelincir.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Di-Hata Gobel berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.40 petang.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat terpaksa digerakkan keesokan hari berikutan cuaca gelap selain jarak ke lokasi memerlukan sekurang-kurangnya tiga jam.

"Semua peralatan sudah siap untuk ke lokasi esok. Lagipun, maklumat diterima terlalu lewat sekali gus membataskan pergerakan anggota kami ke lokasi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Mei 2015 @ 9:54 PM