GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
BERNAMA

EMPAT penghuni rumah pekerja milik syarikat pengangkutan berjaya menyelamatkan diri selepas kediaman mereka di Batu 9, Jalan Bintulu-Miri, Miri terbakar, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Di-Hata Gobel berkata, bomba menerima panggilan memaklumkan tentang kebakaran itu, 3.04 pagi ini dan tiba ke lokasi pada 3.20 pagi.

"Empat penghuni tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi.

Di-Hata berkata, api dapat dipadamkan sepenuhnya pada 4.14 pagi dan punca kebakaran masih disiasat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Mei 2017 @ 10:41 AM