Oleh Hairulazim Mahmud


Serdang: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan terdapat kongsi gelap yang menguasai syarikat kawalan keselamatan membayar komisen kepada pemilik asal syarikat itu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemilik asal terbabit didapati sudah menjual syarikatnya namun mengekalkan nama dan pemegang saham bagi mengelirukan pihak berkuasa.

"Tujuannya ialah mereka akan dapat elaun tetap.

"Kita akan batalkan syarikat kawalan keselamatan seperti ini jika siasatan mendapati mereka terbabit dan jangan salahkan KDN," katanya pada sidang media selepas melancarkan Pertubuhan Alumni ESQ KDN di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 April 2015 @ 5:45 PM