KENDERAAN yang terbabas. FOTO ihsan Polis
KENDERAAN yang terbabas. FOTO ihsan Polis
Oleh Asrizal Aris

 

Kampar: Seorang wanita yang juga pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Kampar maut selepas kenderaan dipandu suaminya hilang kawalan sebelum terbabas di Kilometer 33.1 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, mangsa, Zarina Mohd Hasin, 47, maut ketika menerima rawatan di Hospital Kampar selepas dipercayai parah dibeberapa bahagian anggota badan akibat tercampak keluar dari kereta.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, suami serta anak mangsa yang turut berada dalam kereta itu hanya mengalami cedera ringan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, suami mangsa gagal mengawal kenderaan menyebabkannya terbabas ke kiri jalan mengakibatkan mangsa tercampak dari kereta berkenaan.

"Mangsa yang menerima rawatan di Hospital Kampar dimaklumkan meninggal dunia 7.35 malam selepas parah dibeberapa bahagian anggota badan. Kes disiasat dibawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Mac 2015 @ 2:51 PM