Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit. FOTO Ihsan Bomba
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit. FOTO Ihsan Bomba
Mohd Hafizee Mohd Arop


Tapah: Seorang guru wanita maut manakala rakannya cedera selepas kereta jenis Perodua Kancil dinaiki mereka terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar tiang elektrik di Kilometer 44, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, dekat Kampung Temoh, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, mangsa Zaikiah Hanum Albert Hassan, 53, yang juga isteri kepada anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah, itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kampar akibat parah di bahagian kepala.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tapah, Deputi Superintendan Mohd Razali Abdullah berkata, siasatan awal mendapati kereta dipandu rakan mangsa yang juga seorang guru itu dalam perjalanan dari arah Tapah menghala ke Kampar.

"Rakan mangsa yang juga seorang guru berusia 48 tahun hanya cedera ringan iaitu luka-luka di badan manakala mangsa parah di bahagian kepala.

"Kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Mei 2017 @ 3:10 PM