KENDERAAN dinaiki mangsa yang terbabit kemalangan. FOTO ihsan PDRM
KENDERAAN dinaiki mangsa yang terbabit kemalangan. FOTO ihsan PDRM
Mohd Hafizee Mohd Arop


Gopeng: Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta jenis Nissan Sunny dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh pokok di kilometer 26, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, dekat simpang Gua Tempurung, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 12.50 tengah hari itu, mangsa Chong Hin,68, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas parah dibeberapa bahagian anggota badan.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, siasatan awal mendapati kereta dipandu mangsa dari arah Ipoh ke Kuala Lumpur dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar pokok dan kemalangan itu tidak membabitkan kenderaan lain.

"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kampar untuk bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Ogos 2016 @ 2:49 PM