KHAZALI  (tengah) ketika hadir pada Majlis Perasmian Pecah Tanah Projek Pejabat Kastam Kota Kinabalu di Jalan Sulaman. FOTO Malai Rosmah Tuah
KHAZALI (tengah) ketika hadir pada Majlis Perasmian Pecah Tanah Projek Pejabat Kastam Kota Kinabalu di Jalan Sulaman. FOTO Malai Rosmah Tuah
Oleh Ardyhansah Amat

Kota Kinabalu: Sebanyak 50,000 syarikat dan perusahaan diburu Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) selepas gagal mendaftar dalam sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sehingga kini.

Pengarah JKDM, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, semua syarikat yang mempunyai pendapatan melebihi RM500,000 setahun itu masih belum berdaftar walaupun tarikh tutup pendaftaran GST berakhir 1 Januari lalu.

"Semua syarikat dan perusahan terbabit akan diberikan peluang kedua sehingga 28 Februari ini.

"Sekiranya masih gagal berbuat demikian, mereka bakal berdepan kompaun RM15,000 dan didaftarkan GST oleh JKDM.

" Setakat ini, JKDM sudah menghubungi semua pihak terbabit akan peluang kedua dan terakhir ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Februari 2015 @ 3:19 PM