SULAIMAN dan Eshah  melihat gambar  17 anaknya di rumah mereka  di Kampung Kuala Merah, Kuala Ketil.
SULAIMAN dan Eshah melihat gambar 17 anaknya di rumah mereka di Kampung Kuala Merah, Kuala Ketil.
Oleh Sabaruddin Abd Ghani

Baling: Seorang warga emas mendakwa amalannya memakan jamu sejak remaja membolehkannya bukan saja mengekalkan kesihatan kerana masih sihat dan dan cergas hingga kini, malah turut memiliki keluarga besar dengan kelahiran 17 anak berusia yang sekarang berusia antara 32 tahun hingga 61 tahun.

Malah, Sulaiman Saipin, 80, dari Kampung Kuala Merah, Kuala Ketil, di sini, masih mampu menggunakan tulang empat keratnya mencari rezeki termasuk menoreh getah dan berkebun untuk menyara kehidupan bersama isteri, Eshah Din, 77.

Sulaiman yang kini memiliki 105 cucu dan 15 cicit, berkata, dia mula mengamalkan jamu buatan arwah bapanya, Saipin Yusof, ketika remaja dengan mencampurkan serbuk berkenaan ke dalam minuman kopi panas atau air suam.

Dia yang dipanggil Wak Leman, mendakwa kesan amalan pengambilan jamu buatan sendiri itu mengekal serta meningkatkan tenaga yang membuatkan dirinya sehingga kini sihat dan cergas.

Katanya, keistimewaan jamu diperbuat daripada rempah-ratus termasuk bunga cengkih, lada putih, kulit kayu manis, bunga lawang, lada hitam, serai wangi kering, bawang putih, daun teja merah, cabai kering lilit dan halia kering juga sukar untuk disangkal.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 January 2015 @ 5:09 AM