AYAM panggang dengan sos gril berempah
AYAM panggang dengan sos gril berempah
MARIGOLD

Ayam panggang dengan sos gril berempah antara hidangan yang boleh sediakan ketika berbuka puasa di rumah dengan menggunakan resipi baharu Susu Isian Sejat MARIGOLD. Memang sedap dan mudah disediakan menggunakan resepi ini.

Ayam panggang dengan sos gril berempah

• Masa Penyediaan: 25 minit

• Masa Memasak: 1 jam

• Hidangan: 2

Bahan-bahan untuk sos gril berempah:

• 2 cawan bawang merah

• 4 sudu teh kunyit hidup

• 2 sudu teh cili kering India, dipotong

• 2 sudu besar bawang putih

• 2 sudu teh daun limau purut

• 4 sudu teh buah keras

• ½ cawan minyak masak

• 2 sudu besar puri serai

• 2 sudu besar puri lengkuas

• 2 sudu besar kelapa parut

• 4 sudu teh garam

• 4 sudu besar gula

• 4 sudu besar jus limau

• 1 tin Susu Isian Sejat MARIGOLD

• 2 sudu besar air

Bahan-bahan untuk ayam panggang

• 500g paha ayam

• ½ sudu teh serbuk bawang putih

• ½ sudu teh serbuk bawang besar

• ½ sudu teh garam

• ½ sudu teh lada putih

• 2 sudu besar minyak masak

Cara penyediaan:

Sos gril berempah

1. Rebus cili kering sehingga mendidih. Kemudian toskan.

2. Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit, buah keras, dan daun limau purut dengan minyak masak.

3. Tumis campuran kisar dalam kuali bersama puri serai dan puri lengkuas sehingga wangi.

4. Masukkan kelapa parut, garam, gula dan jus limau. Masak sehingga sedikit kering.

5. Masukkan Susu Isian Sejat MARIGOLD dan air. Kacau rata.

6. Hidangkan sos bersama ayam panggang.

Ayam panggang

1. Panaskan ketuhar pada suhu 180°C. Alas dulang pembakar dengan kertas aluminium dan sembur dengan semburan masak.

2. Perap ayam bersama minyak masak, serbuk bawang putih, serbuk bawang besar, garam dan lada putih.

3. Letak ayam atas dulang pembakar yang tersedia. Sembur ayam dengan minyak masak.

4. Bakar ayam dalam ketuhar panas sehingga kulit kelihatan rangup dan tulang paha tidak lagi kemerahan sehingga mengeluarkan jus, selama kira-kira 45 minit.

Tip Chef:

• Puri serai dan puri lengkuas boleh digantikan dengan serai dan lengkuas segar yang diketuk.

SUSU Isian Sejat MARIGOLD  (390g)
SUSU Isian Sejat MARIGOLD (390g)

Susu Isian Sejat MARIGOLD (390g)

Sesuai untuk memasak, membakar dan minuman, Susu Isian Sejat MARIGOLD adalah susu yang kaya berkrim tanpa gula. Ia juga tanpa kolesterol, sebab itu ia menjadi pilihan yang sihat untuk membuatkan makanan dan minuman anda rasa lebih kaya, lebih berkrim, yang pasti menawan selera. Diperkaya dengan vitamin A dan D.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Jun 2017 @ 10:11 AM