Oleh Wahi Aziz

Tanyalah secara rawak kepada mana-mana pihak mengenai Fasha Sandha, dua respon spontan yang selalu kita dengar adalah disiplinnya yang terpuji dan isu kontroversi yang singgah selama lebih sedekad bergelar anak seni.

Jika sebut mengenai disiplin, pembawaan diri pelakon berusia 30 tahun ini dalam mengamalkan aspek ketepatan masa dan profesionalisme kerja memang tidak dapat disangkal.

Namun perjalanan bintang ini juga tidak sunyi daripada asakan kontroversi. Tidak perlu dibariskan kontroversi yang pernah membelenggunya tapi semua unsur negatif makin lenyap seiring peralihan fasa kehidupannya.

Ketika diajukan perubahan itu, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan berkata, perkara itu sudah mampu ditangkis jauh-jauh sejurus dia bergelar isteri.

"Selepas saya berkahwin dan mempunyai cahaya mata, jarang sekali saya ditimpa kontroversi. Saya akui dapat merasakan perbezaan itu," jawabnya secara ringkas.

Katanya, kisah lama itu adalah pengalaman bernilai, menjadikan dirinya lebih bijak mengendalikan sebarang kontroversi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Oktober 2014 @ 5:00 AM