Penyerang MISC-MIFA Micheal Chukwubunna Ijezie (kiri) diasak pertahanan Perlis Kyu Bin Oh (dua dari kiri).FOTO STR/HAFIZUDIN MOHD SAFAR
Penyerang MISC-MIFA Micheal Chukwubunna Ijezie (kiri) diasak pertahanan Perlis Kyu Bin Oh (dua dari kiri).FOTO STR/HAFIZUDIN MOHD SAFAR
Hafizudin Mohd Safar


Kangar: Pasukan menghuni carta terbawah Liga Perdana 2017 Perlis memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila menjinakkan pasukan pelawat, MISC-MIFA FC 2-0.

Gol pembukaan Perlis dijaringkan oleh pemain tengah Mohd Zafuan Azeman menerusi satu sepakan percuma di hadapan gawang MISC-MIFA pada m-16.

Pasukan pelawat cuba mencari gol penyamaan namun Perlis kental bertahan sehingga minit terakhir babak pertama.

Separuh masa kedua menyaksikan kedua-dua pasukan cuba mencari gol sebelum MISC-MIFA FC ditembusi gol kedua Singa Utara yang dijaringkan oleh pemain tengah, Muhd Nasharizam Ab Rashid pada m-68.

Kemenangan mengesahkan tiga mata penuh buat Perlis yang kini mengumpul lima mata selepas mengharungi 10 perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 April 2017 @ 8:47 PM