Dalam keadaan ekonomi yang mencabar ini, sebahagian besar keluarga tidak lagi mampu untuk bergantung hidup pada gaji tunggal dan lebih ramai wanita bekerja bagi menyara keluarga mereka.

Malah, kerajaan juga telah memulakan rancangan untuk meningkatkan penyertaan wanita bekerjaya kepada 55% pada tahun 2015 dalam usaha untuk mengoptimumkan kemahiran mereka.

Dengan penyertaan ramai golongan ibu dalam dunia kerjaya, mereka perlu bersedia untuk mengimbangi antara kerjaya dan rumah tangga. Oleh itu, pastinya tidak menghairankan untuk mengetahui bahawa menyediakan sarapan pagi yang sihat setiap hari boleh menjadi salah satu kebimbangan utama bagi ibu yang bekerja.

Bergelut dengan masa merupakan satu lumrah

Walaupun mereka memahami kepentingan sarapan pagi yang seimbang dan berkhasiat, ramai golongan ibu bekerjaya mendapati ia merupakan cabaran di samping mengekalkan peranan sebagai seorang ibu sepenuh masa dan seorang profesional.

Seorang ibu akan sentiasa yang paling awal untuk ba­ngun dan memulakan rutin pagi, tanpa mengira sama ada dia bekerja lewat pada malam sebelumnya atau mempunyai satu pembentangan penting keesokan harinya. Ia bermula dengan tugas sukar membangunkan anak-anak, mengendalikan masalah pagi mereka, menyediakan sarapan pagi serta memastikan mereka makan dengan baik, memastikan mereka ke berpakaian seragam untuk ke sekolah tepat sampai untuk menghadiri perhimpunan sekolah!

Sesudah selesai menjalankan tanggungjawab­nya itu, mereka terpaksa mengharungi kesesakan trafik awal pagi atau di stesen LRT yang sesak mengingati isi-isi penting pembentangan atau komitmen kerjanya untuk hari tersebut, sambil bertanya kepada diri sendiri: "Adakah anak saya mendapat nutrisi yang cukup untuk kekal bertenaga sepanjang hari?

Masalah bangun pagi pengalaman yang menyeksakan

Masalah kanak-kanak yang membentak atau bermasalah apabila bangun pagi biasanya ditangani oleh golongan ibu secara amnya, wanita bekerjaya pula melihatnya sebagai halangan untuk persediaan sarapan pagi,kerana masa itu emas. Masalah sebegini amat menyeksakan kerana kanak-kanak cenderung untuk menolak sarapan pagi mereka, me­ngamuk dan menjadikan apa saja yang anda ingin lakukan sesuatu yang mustahil. Ini mengakibatkan sarapan pagi bersama anak-anak sesuatu yang memeritkan, terutamanya bila anda bergegas pada waktu pagi.

Antara sebab masalah atau tantrum ini berbeza-beza daripada ketidakselesaan perut, tidur yang lebih atau kurang selera makan, tetapi membiarkan anak-anak untuk tidak sarapan pagi akan mempengaruhi peng­gunaan tenaga mereka untuk hari tersebut. Berdasarkan kepada pengambilan nutrien yang disyorkan oleh Cada­ngan Pengambilan Nutrien Disyorkan untuk Rakyat Malaysia (RNI), kanak-­kanak memerlukan nisbah nutrien yang betul untuk menjana pembangunan fizikal dan mental mereka. Kekurangan sarapan pagi yang seimbang akan mengakibatkan kanak-anak sering tidak mempunyai cukup tenaga menghabiskan hari mereka serta mempengaruhi kecerdasan, keletihan dan masalah pembelajaran.

“Walaupun kita tidur, badan kita terus mengekalkan aktiviti organ-organ dalaman, haba badan dan denyutan jantung. Kanak-kanak terutamanya meng­gunakan 80% daripada tenaga mereka semasa tidur kerana mereka sentiasa berkembang dan membangun. Maka, tenaga tersimpan ini perlu diisi semula dan sarapan pagi mereka hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya 25% daripada pengambilan tenaga harian mereka,” komen Nurul Iliani Ahmad, Pakar Pemakanan Kanan, Nestle Malaysia.

Tip dan Teknik

Mungkin tampak sukar untuk menguruskan rancangan sarapan pagi sambil mengimbangi tuntutan dunia kerjaya, tetapi jangan bimbang. Berikut adalah beberapa tip untuk membantu ibu bekerjaya untuk menyediakan sarapan pagi.

1. Gembirakan mereka

Kanak-kanak memang sentiasa memberi masalah tantrum. Lebih baik jika anda dan anak-anak bersama mencari penyelesaian berbanding bertengkar setiap masa. Anda sentiasa boleh meneroka pilihan sarapan pagi dengan anak-anak anda untuk melihat kegemaran mereka. Biarkan mereka berseronok memutuskan sarapan pagi kegemaran dan jelaskan betapa pentingnya memilih sarapan pagi yang sihat untuk mereka.

Jika boleh, jadikan bersarapan pagi sekeluarga satu rutin mingguan dengan menggalakkan anak-anak anda untuk menyediakan makanan bersama anda. Anda boleh memulakan­nya dengan mengajar mereka bagaimana untuk membuat secawan MILO® mereka sendiri, ha­nya tambah lima sudu teh serbuk MILO® dalam cawan dengan air panas! Dengan mempelajari membuat sarapan pagi sendiri, kanak-kanak akan belajar tentang khasiat yang berbeza untuk keperluan badan mereka serta menjadi lebih berdikari pada waktu pagi. Selain menghabiskan masa yang berkualiti bersama, anda akan menyedari bahawa semakin mereka besar, semakin kurang cerewet mereka.

2. Kegagalan untuk merancang ialah merancang untuk gagal

Luangkan satu jam yang baik setiap hujung minggu dan bentangkan jadual rancangan sarapan pagi ming­guan anda. Pelan ini akan membantu anda menguruskan pengambilan sarapan pagi anak-anak anda (dan anda sendiri) selama seming­gu. Pastikan anda membeli bahan-bahan lebih awal dan dapur dipenuhi. Ini akan mengurangkan masa persediaan pada waktu pagi dan menyiapkan sarapan pagi yang lazat tepat pada masanya.

Perancangan pada hujung minggu juga akan memberi anda masa untuk membaca lebih lanjut mengenai makanan berkhasiat dan meneroka pilihan yang berbeza untuk kanak-kanak anda. Sarapan pagi yang sihat adalah lebih seronok (juga lebih mudah untuk diuruskan) apabila ianya dirancang dengan baik.

3. Sentiasa mempunyai pelan sokongan

Ada kalanya kesibukan jadual kerja anda menyebabkan anda kesuntukan masa untuk menyediakan sarapan pagi yang tepat untuk anak-anak anda. Tak mengapa, asalkan anda mempunyai pelan sokongan. Anda boleh memilih pilihan yang lebih mudah seperti secawan MILO® atau susu dengan bijirin, sandwic, telur scramble, atau penkek.

Jika anda benar-benar tiada masa, bungkuskan beberapa makanan ringan yang sihat untuk anak-anak anda, daripada beg kecil badam ke sebungkus MILO® UHT. Ini kerana makanan ringan mudah seperti ini dapat memberikan rangsa­ngan tenaga untuk anak anda selain mengandungi nisbah nutrien yang mereka perlukan.

4. Dapatkan bantuan si ayah

Anda mungkin telah bersetuju dengan pasa­ngan anda untuk mengendalikan peranan keibubapaan tertentu secara berasingan, tetapi ianya lebih baik jika pasangan anda boleh membantu di dapur pada waktu pagi.

Rancang jadual bersama pasangan anda dan bergilir-gilir bagi menentukan rancangan sarapan anak-anak anda. Tabiat pemakanan dan nutrien yang baik terletak pada usaha dan perancangan.

5. Anda juga mesti bersarapan pagi

Akhir sekali, ibu yang bekerja perlu sentiasa memberi perhatian ­kepada keperluan pemakanan mereka sendiri kerana mereka menguruskan ­peranan mereka sebagai seorang ibu sepenuh masa dan profesional. Kajian telah membuktikan bahawa BMI kanak-kanak berkait rapat dengan tabiat pemakanan ibu. Oleh itu, amalkan bersarapan pagi setiap hari dan tonjolkan teladan baik untuk anak-anak anda.

Walau apa pun, adalah penting untuk mengetahui bahawa sarapan pagi adalah penting untuk kesejahteraan setiap kanak-kanak. Walaupun berkejar masa atau tidak sempat bersarapan pagi dengan sempurna, pastikan anda mengambil minuman berkhasiat dengan MILO® agar anda bertenaga untuk menjalankan rutin harian sepanjang hari dan kekal positif!

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 April 2015 @ 1:03 PM