Setiap ibu akan pastikan anak mereka mendapat bekalan tenaga dengan sarapan seimbang MILO®️. - FOTO MILO®️
Setiap ibu akan pastikan anak mereka mendapat bekalan tenaga dengan sarapan seimbang MILO®️. - FOTO MILO®️
Suliati Asri

HARI pertama sekolah detik bermakna bagi seorang anak yang sedang membesar. Sebelum sesi persekolahan anak bermula, ibu bapa pastinya membuat pelbagai persediaan.

Membeli pakaian sekolah, kasut, beg dan barang kelengkapan sekolah yang baru bagaikan satu kemestian dan ia memberikan keterujaan bukan saja buat si anak yang akan memulakan sesi persekolahan tetapi juga ibu bapa.

Persiapan serta pengalaman menempuhi hari pertama sekolah berubah mengikut peredaran masa tetapi tidak jauh beza seperti perkongsian tiga ibu dari tiga generasi yang berbeza ini.  

Selain menyediakan kelengkapan kembali ke sekolah serba baharu, ibu ini juga memastikan anak mereka mendapat bekalan tenaga serta nutrisi secukupnya dengan sarapan seimbang dan berkhasiat dengan kebaikan MILO®️.

Walau semua pengalaman mungkin berbeza atau sama dengan cara mereka sendiri, satu perkara yang tetap kekal sehingga ke hari ini adalah pentingnya sarapan disajikan bersama MILO®️ untuk mempersiapkan anak mereka ke sekolah.

Bukan itu saja, selepas hampir setahun tidak ke sekolah dan hanya melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian, anak juga pastinya lebih bersemangat untuk ke sekolah.

Oleh itu, ibu bapa perlu memastikan bahawa anak dilengkapi dengan pemakanan dan tenaga secukupnya. Bagi memastikan anak kekal bertenaga, MILO®️ adalah pilihan sarapan terbaik kerana MILO®️ mempunyai kebaikan barli malt, susu, koko, enam vitamin serta tiga mineral dan setiap hidangan (30 gram) hanya mengandungi lebih kurang satu sudu teh gula tambahan (sukrosa).

Kombinasi nutrien ini akan membantu membebaskan tenaga dari makanan agar mereka kekal bertenaga di sekolah sepanjang pagi.

Image

Mengimbau kembali kenangan kali pertama memasuki alam persekolahan, ibu kepada empat anak perempuan, Faizah Awang Boh, 62, berkata, saat itu paling dinanti dan perasaan teruja itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Menurutnya, disebabkan terlalu tidak sabar dan suka ke sekolah, persiapan terutama menggosok baju sekolah dibuat dua minggu sebelum sesi persekolahan dan ada ketikanya tidak boleh tidur malam.

"Dulu, di rumah mak sudah mengajar ilmu kendiri dan hanya di sekolah kanak-kanak zaman saya mendapatkan ilmu dari seorang pendidik, cikgu. Jadi sudah pasti, sesi persekolahan sangat dinanti-nantikan.

"Baju dan kasut pula mahu yang baru. Kalau yang buruk, tidak mahu pakai. Pendek kata serba serbi baru dan lengkaplah," katanya.

Image

Apabila bergelar ibu dan kali pertama anak akan memasuki alam persekolahan, kata Faizah persiapan yang dilakukannya tidak banyak berubah.

Namun, beliau lebih berpuas hati menjahit baju sekolah anak berbanding membeli di kedai kerana inginkan yang terbaik buat anaknya.

Justeru, dirinya mula menjahit baju sekolah dua bulan sebelum sesi persekolahan dimulai manakala persiapan lain akan dibeli lebih awal seperti mahu menyambut Aidilfitri.

"Kalau bercakap mengenai persiapan sekolah anak, tidak banyak perbezaan dulu dan sekarang. Pastinya semua ibu bapa ingin memberi yang terbaik bagi memastikan persiapan anak untuk menimba ilmu lengkap serta selesa.

"Dari segi perasaan pula, sama ada ketika zaman saya, anak dan sehingga kini cucu, ia sama. Masing-masing teruja dan seronok ke sekolah kerana dapat jumpa kawan," katanya yang kini mempunyai sembilan cucu.

Menyentuh soal jadual persekolahan dulu dan kini, usahawan yang juga ibu kepada lima anak, Rohani Marsom, 55, berkata, jadual sekolah kini semakin padat berbanding zaman persekolahannya dulu sekali gus anak kini memerlukan tenaga yang secukupnya untuk menghadapi aktiviti seharian di sekolah.

"Selain jadual sekolah yang padat, aktiviti seharian anak zaman sekarang juga sangat banyak. Selepas sesi persekolahan pagi, mereka akan ke sekolah agama. Sebelah malam pula, mereka ikuti kelas mengaji. Sabtu dan Ahad pula, ada kelas tambahan harus diikuti.

"Bukan itu saja, mereka juga perlu lebih ke hadapan kerana walaupun baru darjah satu, mereka harus pandai membaca dan mengenal huruf.

"Tidak sama seperti dulu yang mana hanya akan belajar mengenal huruf, nombor serta belajar membaca ketika di darjah satu," katanya.

Image

Menyedari tenaga diperlukan untuk menghadapi kesibukan hari persekolahan kata Rohani, beliau akan memastikan anak memulakan hari dengan sarapan yang berkhasiat dan memberikan tenaga sepanjang hari.

Mahukan yang terbaik untuk anaknya, Rohani menjadikan sarapan berkhasiat lagi bertenaga bersama MILO®️ sebagai rutin harian seperti mana yang dilakukan ibunya sejak 48 tahun dulu.

"Dulu, semasa kecil, ibu akan pastikan saya dan adik beradik lain wajib bersarapan pagi walaupun hanya dengan secawan MILO®️. Cara itu saya praktikkan dari anak pertama sehinggalah kepada cucu.

"Jadi, sebelum anak ke sekolah, saya akan menghidangkan sarapan seperti bihun, nasi lemak, roti dan sebagainya yang dipadankan dengan kebaikan secawan MILO®️ untuk membekalkan tenaga secukupnya sebelum ke sekolah setiap hari.

"Tidak cukup menikmati secawan MILO®️ bersama bijirin pilihan atau menu lain, anak juga akan saya bekalkan dengan MILO®️ kotak yang boleh mereka minum ketika di sekolah," katanya.

Sementara itu, Nor Saniza Sabran, 33, yakin MILO®️ sumber terbaik untuk anaknya kekal sihat, kuat dan bertenaga.

Menurutnya yang juga seorang usahawan, menyediakan sarapan berkhasiat dan membekalkan anaknya air kotak MILO®️ setiap hari adalah satu kemestian.

"Sebagai ibu yang kali pertama menghantar anak ke alam persekolahan, ia detik yang cukup bermakna dan mengharukan sekali gus mengimbau kenangan lama semasa dia mula bersekolah.

Image

"Perasaan gembira juga dirasai terutama melihat anak yang sangat teruja untuk ke sekolah lebih-lebih lagi apabila saya membekalkan MILO®️ sebagai minuman tambahan yang memberikan tenaga ketika di sekolah," katanya.

Walaupun baru darjah satu, kata Nor Saniza, anaknya sentiasa seronok dan bersedia untuk ke sekolah.

"Dengan jadual sekolah anak yang padat, MILO®️ menjadikan segalanya lebih mudah kerana anak akan lebih bertenaga dan fokus sepanjang berada di sekolah.

"Dengan persekolahan norma baharu ini juga, ibu bapa perlu membantu anak-anak untuk lebih bersedia mengikuti kelas. Oleh itu, jangan lupa untuk memastikan mereka bersarapan dengan MILO®️ sebelum meninggalkan rumah," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Mac 2021 @ 11:28 AM