Hajahfarhana Tarmudi


Cuti sekolah saat dinanti anak-anak. Namun, ia menimbulkan kebimbangan buat ibu bapa terutama mereka yang bekerja.

Sepanjang musim cuti sekolah yang akan tiba tidak lama lagi, ibu bapa perlu memikirkan cara terbaik untuk memastikan anak mampu menjaga diri di rumah ketika mereka keluar bekerja.

Bukan itu saja, sebelum keluar bekerja ibu juga perlu menyiapkan makanan terutama sarapan agar dapat memastikan mereka tidak kelaparan.

Sebaik-baiknya, ibu bapa perlu menggalakkan anak mereka mengambil sarapan setiap hari biarpun ia hari cuti kerana sarapan sangat penting untuk menambah tenaga.

Berikut beberapa panduan menarik untuk menggalakkan anak anda menikmati sarapan:

1. Makan bersama mereka

Jika suasana pagi anda sentiasa dalam keadaan riuh rendah, cuba ambil masa seketika untuk duduk dan bersarapan bersama anak.

Elakkan terlalu memaksa dan cuba jadikan waktu sarapan sebagai sesi penting bersama keluarga sekali gus dapat mengenali mereka dengan lebih mendalam.

Pada masa sama, ia peluang terbaik untuk menjelaskan kepada anak mengenai tabiat menikmati sarapan untuk memulakan hari dengan lebih bertenaga.

Berdasarkan kajian maklumat mengenai tabiat sarapan terkini di Malaysia, MyBreakfast Study, ia mencadangkan ibu bapa perlu lebih aktif dalam usaha menggalakkan makan secara seimbang dan menjalani gaya hidup sihat bersama anak.

Menyediakan sarapan secara rutin dan berkhasiat membantu proses perkembangan anak berjalan dengan lancar serta stabil. Pastinya, pagi anda dan anak akan menjadi lebih positif.

2. Mempelbagaikan menu

Kanak-kanak sukakan kepelbagaian. Jika anda kerap menghidangkan makanan sama, mereka akan mula berasa bosan. Duduk bersama mereka ketika cuti sekolah dan cuba mencari menu sarapan dari pelbagai negara atau budaya.

Biarkan mereka menentukan pilihan sarapan yang ingin dicuba. Ibu bapa perlu sentiasa faham anak akan kehilangan 80 peratus tenaga simpanan mereka ketika tidur.

Justeru, mereka perlu mengembalikan tenaga itu dengan betul supaya bertenaga sepanjang hari. Begitupun, pastikan setiap pilihan menu sarapan diinginkan mereka sentiasa seimbang dan menyihatkan.

3. Membuat sarapan bersama

Jadikan sarapan sebagai satu aktiviti yang menyeronokkan. Berikan mata atau merit kepada orang pertama yang berjaya menghabiskan sarapan mereka terutama makanan yang tidak disukai.

Biarkan mereka mengumpul mata untuk menebus hadiah utama. Misalnya, hadiahkan mereka penkek buatan sendiri atau cip coklat di dalam mufin strawberi.

Jika MILO® ialah minuman kegemaran mereka, sembunyikannya dan berikan mereka petunjuk seperti permainan mencari harta karun.

Pastikan hadiah ditumpukan kepada sajian berkhasiat untuk mendidik mereka mengenai kepentingan sarapan itu sendiri. Tiada masa yang lebih sesuai untuk lakukan aktiviti menyeronokkan itu bersama anak melainkan waktu cuti sekolah ini.

Justeru, cuba ubah sesi sarapan menjadi waktu menyeronokkan bersama keluarga.

4. Nikmatinya

Tidak salah jika sehari dalam seminggu menyediakan sajian sarapan yang berlainan. Sesekali sediakan kepingan ayam goreng, telur dan sosej untuk menjadikan sarapan bertambah enak.

Namun, sediakan bersama secawan MILO® supaya mereka mendapat tenaga yang diperlukan untuk aktiviti seharian mereka.

5. Perubahan itu baik. Jangan takut mencuba

Kebanyakan kita akan melalui rutin harian yang sama. Namun, ada kalanya rutin harian berkenaan perlu diubah untuk mengelakkan kita berasa bosan.

Kita semua tahu makan di depan televisyen atau di dalam kereta, mungkin dianggap tidak bagus. Kadangkala pengorbanan perlu dilakukan.

Perkara yang lebih baik adalah sentiasa bekalkan mereka dengan satu paket MILO®. Ini kerana ia mengandungi Activ-Go™, kombinasi unik PROTOMALT®, mineral serta vitamin yang mengurangkan kepenatan untuk mengelakkan kemerosotan tenaga sebelum tibanya waktu tengah hari.

Justeru, cubalah pelbagai aktiviti menarik kerana ia akan membantu untuk menggalakkan anak muda menikmati sarapan. Sebaiknya, jadikan sarapan satu amalan untuk seisi keluarga yang menyeronokkan setiap pagi terutama ketika cuti sekolah.

Sebarang maklumat lanjut, layari www.milo.com.my untuk mendapat lebih banyak tip dan idea sarapan ketika cuti sekolah ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 November 2016 @ 7:45 AM