Saiful Affendy Sapran


Sepang: Meskipun baru muncul juara Kejohanan Badminton Asia (ABC) kelmarin, Datuk Lee Chong Wei sedar cabaran yang bakal ditempuhi selepas ini terutama jika bertemu dua jaguh China Lin Dan serta Chen Long pada Sukan Olimpik Rio.

Ini kerana, menerusi penilaiannya di Wuhan, China, dia memerlukan masa lebih sejam sebelum dapat menewaskan Lin Dan pada separuh akhir dan Chen Long pada aksi final.

Chong Wei menang 22-20, 15-21, 21-4 ke atas Lin Dan pada perlawanan yang memakan masa satu jam 11 minit sementara untuk menewaskan Chen Long pula dengan keputusan 21-17, 15-21, 21-13, dia terpaksa bekerja keras selama satu jam 22 minit.

“Setakat ini corak permainan saya apabila bertemu dengan Lin Dan dan Chen Long sudah nampak OK.

“Saya perlu tingkatkan tahap kecergasan terutama dari segi fizikal sebab untuk melepasi setiap perlawanan bertemu mereka (Lin Dan dan Chen Long), saya perlukan masa lebih satu jam,” katanya sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Mei 2016 @ 7:31 AM