HADIAH utama Samsung A7.
HADIAH utama Samsung A7.
EMPAT topi keledar Givi bernilai RM850.
EMPAT topi keledar Givi bernilai RM850.
MUAT turun S&W untuk mengetahui nama pemenang.
MUAT turun S&W untuk mengetahui nama pemenang.
Erywan Norshal


Lima pemenang terpilih dalam peraduan Selfie Speed & Wheels (S&W) iaitu majalah digital interaktif permotoran terbitan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) yang diadakan sepanjang edisi pertama hingga ketiga (April hingga Jun 2016).

Pemenang utama memenangi telefon pintar Samsung A7 2016 diikuti empat yang lain membawa pulang topi keledar Givi bernilai RM850 setiap satu.

Nama mereka akan disiarkan dalam edisi kelima S&W pada 1 Ogos ini, selepas gambar mereka dinilai hasil kreativiti serta slogan yang disertakan.

Selain itu, edisi kelima S&W akan menampilkan beberapa elemen menarik membabitkan pandu uji generasi terakhir Land Rover Defender serta mendekati gadis kacukan Jepun dan Cina, Yulina Tan Jad yang aktif dalam dunia motosikal berkuasa tinggi.

Yulina baru berusia 24 tahun yang juga penuntut, personaliti radio, duta produk, pelakon dan model sambilan dalam paparan segmen Women On Wheels.

Selain itu, Tech S&W membincangkan berhubung suspensi bagaimana ia berfungsi bagi memberi pengendalian serta keselesaan kepada kenderaan.

Bagi segmen restorasi pula, S&W edisi kali ini menampilkan Mini klasik yang memiliki kuasa enjin hampir 300hp dengan jumlah ubah suai mencecah RM80,000.

Sementara itu, pembaca S&W yang terlepas peraduan selfie S&W boleh menyertai peraduan selfie baharu di mana S&W menawarkan motosikal Benelli TnT25 berharga lebih RM13,000 tidak termasuk GST sebagai hadiah utamanya diikuti empat topi keledar Givi bernilai RM850 dan barangan Coleman.

Mereka yang berminat untuk menyertai peraduan itu perlu memuat turun secara percuma aplikasi S&W di telefon pintar atau tablet melalui platform iOS dan Android.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Julai 2016 @ 5:01 AM