MUAT turun S&W untuk menyertai peraduan selfie.
MUAT turun S&W untuk menyertai peraduan selfie.
Erywan Norshal

Cukup mudah sekiranya anda mahu memenangi motosikal Benelli TnT25 berharga lebih RM13,000.

Anda hanya perlu merakam gambar ‘selfie/wefie’ bertema kenderaan bermotor dan muat naik ke media sosial bersama hashtag #speedandwheelsbenelli.

Peraduan anjuran majalah digital interaktif Speed & Wheels (S&W) terbitan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) ini sangat mudah kerana anda tidak perlu menulis slogan yang memeningkan kepala yang mana ia berlangsung antara edisi kelima hingga ketujuh keluaran setiap bulan.

Hadiah lain menanti pemenang adalah topi keledar Givi yang bernilai RM850 serta barangan Coleman.

Mereka yang berminat menyertai peraduan perlu memuat turun secara percuma aplikasi S&W di telefon pintar atau tablet melalui platform iOS dan Android. Majalah digital automotif pertama keluaran NSTP itu juga media rasmi program Harian Metro Mountain Bike (MTB) Grand Prix 2016.

Sepanjang program berlangsung, pasukan S&W akan turun padang mempromosi majalah digital itu di dua lokasi berbeza membabitkan Lukut di Negeri Sembilan dan Johor Bahru di Johor masing-masing pada Oktober serta November depan.

Pada masa sama, pengunjung yang hadir di gerai promosi S&W berpeluang menikmati biskut jenama Julie’s secara percuma tajaan Perfect Food Manufacturing (M) Sdn Bhd.

Edisi kelima S&W untuk bulan ini menampilkan beberapa elemen menarik membabitkan pandu uji generasi mutakhir Land Rover Defender serta mendekati gadis kacukan Jepun dan Cina, Yulina Tan Jad yang aktif dalam dunia motosikal berkuasa tinggi.

Yulina berusia 24 tahun juga penuntut, personaliti radio, duta produk, pelakon dan model sambilan dalam paparan segmen Women On Wheels.

Selain itu, Tech S&W membincangkan bagaimana suspensi ia berfungsi bagi memberi pengendalian serta keselesaan kepada kenderaan.

Bagi segmen restorasi pula, S&W edisi kali ini menampilkan Mini klasik yang memiliki kuasa enjin hampir 300hp dengan jumlah ubah suai mencecah RM80,000.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Ogos 2016 @ 5:02 AM