Mayat mangsa yang terdampar ketika ditemui sebelum di bawa ke Hospital Tumpat. - Foto Ihsan Pembaca/NIK ABDULLAH NIK OMAR
Mayat mangsa yang terdampar ketika ditemui sebelum di bawa ke Hospital Tumpat. - Foto Ihsan Pembaca/NIK ABDULLAH NIK OMAR
Mohamad Zulhairie Manzaidi


Tumpat: Mayat seorang nelayan berusia 57 tahun yang hilang sejak petang semalam, ditemui terdampar di beting pasir muara sungai Kampung Nelayan Baru di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, mayat Mat Hassan Ismail, 57, ditemui anak sulungnya, Ridzwan, 34, kira-kira dua kilometer dari lokasi mangsa hilang.

Mayatnya dibawa ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga untuk dikebumikan.

Difahamkan mangsa keluar memancing seorang diri 5 petang semalam, sebelum dilaporkan hilang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharuddin Rasip ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Julai 2016 @ 4:00 PM