Mayat Mek kesau dibawa ke bilik mayat di Hospital Tumpat. FOTO ihsan keluarga
Mayat Mek kesau dibawa ke bilik mayat di Hospital Tumpat. FOTO ihsan keluarga
Mohamad Zulhairie Manzaidi


Tumpat: Mayat seorang wanita yang mengalami masalah kemurungan ditemui terapung di dalam sungai di Kampung Pengkalan Nangka, di sini, petang tadi.

Mayat Mek Kesau Yap Kim Poh, 59, dari Kampung Kok Seraya, ditemui oleh seorang penternak ikan sangkar di sungai terbabit.

Mayat dihantar ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharuddin Rasip ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat itu.

Katanya, sebelum kejadian mangsa dikatakan keluar dari rumah pada 6.15 pagi kelmarin dan tidak pulang ke rumah.

"Keluarga mangsa kemudian membuat laporan polis selepas mangsa tidak pulang ke rumah

"Bagaimanapun, petang tadi mayat Mek Kesau ditemui terapung di dalam sungai oleh seorang penternak ikan yang kemudian menghubungi polis.

"Hasil daripada pengecaman keluarga, mayat itu disahkan sebagai Mek Kesau yang dilaporkan hilang," katanya.

Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Ogos 2016 @ 10:02 PM