MULIADI Muhamad, 46, bersyukur mayat anak sulung daripada empat beradik, Allahyarham Mohamad Aiman Zikri, ditemui dan reda dengan segala ketentuan Illahi di Kampung Dusun Langgar, Wakaf Bharu. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
MULIADI Muhamad, 46, bersyukur mayat anak sulung daripada empat beradik, Allahyarham Mohamad Aiman Zikri, ditemui dan reda dengan segala ketentuan Illahi di Kampung Dusun Langgar, Wakaf Bharu. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Mohamad Zulhairie Manzaidi


Tumpat: Remaja yang dihanyutkan arus deras di tali air di Kampung Dusun Langgar, Wakaf Baru, di sini, ditemui kira-kira 4 petang, hari ini.

Arwah Mohamad Aiman Zikri Muliadi, 13, ditemui Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) selepas tiga jam hilang.

Allahyarham ditemui kira-kira tujuh meter dari tempat dia dikatakan dihanyutkan.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharuddin Rasip berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tumpat.

Terdahulu, mangsa dilaporkan dihanyutkan arus deras sebelum hilang ketika melihat orang menahan pukat, pada kira-kira 1 tengah hari.

Gerakan mencari dan menyelamat (SAR) kemudian dilancarkan, pada 2.30 petang.

Sementara itu, Muliadi Muhamad, 46, berada di lokasi anaknya ditemui lemas ditenangkan anggota keselamatan.

Dia kemudian kelihatan memeluk anggota polis selepas jasad arwah Mohamad Aiman ditemui dan hendak dibawa ke hospital.

Allahyarham Mohamad Aiman dikatakan anak sulung daripada empat beradik.

Dalam pada itu, Bernama pula dipetik melaporkan bahawa Zaharuddin menjelaskan mangsa lemas adalah pelajar SMK Mahmud Mahyidin, Pasir Pekan.

Katanya, arwah pergi bersama tiga rakannya ke tali air tersebut untuk melihat orang memasang pukat ikan.

"Mangsa dipercayai tergelincir dan terjatuh ke dalam tali air dan dibawa arus deras," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 January 2017 @ 7:38 PM