Mayat warga emas yang ditemui lemas di kawasan sawah. FOTO ihsan pembaca
Mayat warga emas yang ditemui lemas di kawasan sawah. FOTO ihsan pembaca
Mohamad Zulhairie Manzaidi


Tumpat: Seorang lelaki berusia 73 tahun ditemui lemas di kawasan sawah di Kampung Teluk Jering, di sini, jam 7.15 malam tadi selepas dilapor hilang sejak Jumaat lalu.

Mayat Abdullah Mat Il ditemui anaknya, Fauzi Abdullah, 44, bersama dengan pasukan penyelamat dan orang kampung.

Mayat dihantar ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga untuk dikebumikan.

Ketua Polis Daerah Tumpat Superintendan Zaharudin Rasip berkata, selepas menerima laporan Jumaat lalu, polis, bomba dan penduduk kampung menggerakkan operasi mencari dan menyelamat.

"Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat lemas dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 January 2017 @ 2:13 PM