KERETA hilang kawalan dan masuk ke arah bertentangan sebelum merempuh motosikal dan satu lagi kereta. FOTO ihsan pembaca
KERETA hilang kawalan dan masuk ke arah bertentangan sebelum merempuh motosikal dan satu lagi kereta. FOTO ihsan pembaca
Oleh: Siti Nor Hidayatidayu Razali

Tumpat: Penuntut perempuan Institut Pengajian Tinggi (IPT) maut dalam kemalangan di Kampung Jubakar Darat, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 9.15 malam itu, mangsa, Prenchira Ekong, 19, yang membonceng motosikal bersama ibunya maut di Hospital Tumpat ketika dalam rawatan.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Supritendan Zaharuddin Rasip berkata, kemalangan berlaku apabila kereta dari arah Pengkalan Kubor hilang kawalan ketika melalui jalan berselekoh dan masuk ke arah bertentangan sebelum merempuh motosikal dinaiki mangsa.

"Selepas merempuh motosikal mangsa, kereta berkenaan melanggar sebuah lagi kereta yang turut berada di lokasi kejadian.

"Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan kepala dibawa ke Hospital Tumpat dan disahkan meninggal dunia ketika dirawat," katanya di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Februari 2015 @ 2:49 PM