Mohd Rozaimi maut selepas terjatuh dari siling. FOTO Siti Rohana Idris
Mohd Rozaimi maut selepas terjatuh dari siling. FOTO Siti Rohana Idris
Oleh Siti Rohana Idris


Tumpat: Guru lelaki berusia 41 tahun maut selepas terjatuh dari siling rumahnya ketika membuang sarang burung di Kampung Bendang Ketong, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian 6.50 petang itu, mangsa, Mohd Rozaidi Awang, yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Geting meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Mangsa dibawa ke Hospital Tumpat untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya untuk dikebumikan.

Ketua Polis Daerah Tumpat Superintendan Zaharuddin Rasip berkata, mangsa terjatuh pada ketinggian tujuh meter sebelum meninggal di tempat kejadian.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Mei 2015 @ 5:24 PM