Aziz dimasukkan ke wad sejak tiga hari lalu.
Aziz dimasukkan ke wad sejak tiga hari lalu.
Syafil Syazwan Jefri


Kuala Lumpur: Pelakon veteran Datuk Aziz Singah, 75, dimasukkan ke wad di Institut Kanser Negara, Putrajaya apabila kanser prostat yang dihidapinya sejak lima tahun lalu kembali merebak.

Aziz ketika dihubungi berkata, dia dimasukkan ke wad sejak tiga hari lalu selepas mengadu sakit di bahagian pinggang.

Menurutnya, selepas menjalani pemeriksaan, doktor mengesahkan penyakit kanser prostat yang dihidapinya kini kembali merebak.

"Pada awalnya, saya cuma sakit di bahagian pinggang. Apabila sakitnya semakin menjadi-jadi, saya ke hospital dan doktor mengesahkan bahawa kanser prostat saya yang saya hidapi sejak 2011 kembali merebak.

"Sebelum ini, penyakit kanser saya sudah mula pulih. Namun sekarang ia muncul semula," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Mei 2016 @ 9:14 PM