Perang poster sudah bermula dan petugas Barisan Nasional menggantung poster berhampiran pintu gerbang Rh George dekat Pakan, Sarikei, hari ini. - Foto Bernama
Perang poster sudah bermula dan petugas Barisan Nasional menggantung poster berhampiran pintu gerbang Rh George dekat Pakan, Sarikei, hari ini. - Foto Bernama
BERNAMA

Kuala Lumpur: AirAsia Bhd menawarkan tambang promosi daripada serendah RM49 bagi penerbangan ke Sarawak.

Dalam kenyataan hari ini, menurut AirAsia, laluan itu termasuk Kuala Lumpur ke Kuching, Kota Kinabalu ke Kuching dan dari Kuching ke Miri, Bintulu dan Sibu.

"Tempahan boleh dibuat dalam talian di airasia.com atau melalui aplikasi mudah alih AirAsia mulai sekarang sehingga 8 Mei 2016. Penumpang boleh membuat perjalanan segera," kata kenyataan itu.

Ketua Komersil, Spencer Lee berkata, tambang promosi itu sempena kempen 'Eksesais Penerbangan Anda Untuk Mengundi' menawarkan tambang rendah kepada rakyat Sarawak pulang dalam tempoh pilihan raya negeri itu.

"Kami berharap setiap orang akan mengambil peluang daripada promosi ini dan menunaikan hak mereka untuk mengundi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 April 2016 @ 7:29 PM