GAMBAR hiasan. FOTO Reuters
GAMBAR hiasan. FOTO Reuters
BERNAMA

SYARIKAT penerbangan tambang rendah, AirAsia menawarkan satu juta tempat duduk berharga sifar bagi perjalanan ke destinasi jarak jauh seperti Australia, Jepun, Korea, Taiwan dan India.

Tambang promosi ditawarkan oleh syarikat sekutunya, AirAsia X adalah percuma, tidak termasuk cukai dan yuran, kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan, di Kuala Lumpur, hari ini.

Promosi ini merangkumi penerbangan dari Kuala Lumpur ke Melbourne (Avalon), Gold Coast, Perth, Sydney, Fukuoka, Tokyo (Narita), Seoul, Busan, Taipei dan Ahmedabad.

Pelanggan mempunyai 72 jam untuk menempah penerbangan mereka dengan melawat airasia.com atau melalui aplikasi mudah alih AirAsia bermula pada esok (24 Februari), bagi perjalanan antara 1 Mac 2020 dan 31 Oktober 2020.

Ketua Kumpulan Komersial AirAsia, Amanda Woo berkata, ini kali pertama syarikat penerbangan itu menawarkan tempat duduk sifar membabitkan destinasi jarak jauh.

“Bukan sahaja terdapat tempat duduk promosi yang sedang dijual, kami juga mengadakan lanjutan tempoh perjalanan dari Mac hingga Oktober bagi menarik lebih ramai lagi penumpang,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Februari 2020 @ 6:25 PM