Kuala Lumpur: Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia menawarkan promosi khas sempena Hari Malaysia pada 16 September ini dengan tambang termasuk semua daripada serendah RM45 sehala bagi tempoh penerbangan sehingga 29 Februari 2016.

Ketua Komersial AirAsia Bhd Spencer Lee berkata, ia membabitkan destinasi seperti Alor Setar, Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Johor Bahru, Miri, Kuching, Tawau, Singapura, Ho Chi Minh City, Da Nang, Hanoi, Vientiane, Surat Thani, Changsha, Bangalore, Goa, Visakhapatnam dan banyak lagi.

“Tambang promosi ini boleh ditempah dari 14 hingga 20 September di airasia.com, aplikasi mudah alih AirAsia di peranti iPhone dan Android serta melalui laman mudah alih mobile.airasia.com,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Syarikat penerbangan bersekutu bagi perjalanan jarak jauhnya, AirAsia X juga menawarkan promosi tambang termasuk semua dari serendah RM299 sehala ke Perth, Osaka, Seoul dan Busan dengan tertakluk kepada tempahan dan tempoh penerbangan sama.

“Kami gembira untuk meraikan Hari Malaysia bersama-sama setiap rakyat dengan menyediakan tawaran hebat bagi pelbagai destinasi menarik di dalam dan luar negara untuk pelanggan kami,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 September 2015 @ 5:04 AM