GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Bisnes HM


Kuala Lumpur: Platform airasia.com meraikan tahun 2021 dengan jualan Big Sale yang menawarkan diskaun untuk Cuti-Cuti Malaysia 2021 dan keperluan perjalanan penting yang lain.

Ia menawarkan tempat duduk percuma dan tambang serendah RM12 dari Johor Bahru ke Ipoh dan Kota Bharu; dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, Johor Bahru, Kota Bharu dan Kuala Terengganu; dan dari Pulau Pinang ke Kota Bharu dan Langkawi.

Selain itu, ia menawarkan pakej tempahan kombo penerbangan+hotel (SNAP) selama tiga hari dua malam termasuk penerbangan pergi balik daripada RM89 seorang, diskaun hingga 60 peratus untuk tempahan hotel, diskaun 20 peratus untuk elaun bagasi daftar masuk melebihi 25 kilogram, diskaun 20 peratus untuk tempah duduk Hot Seat dan diskaun 10 peratus untuk hidangan dalam penerbangan.

Tempahan tersedia dari 4 Januari hingga 10 Januari 2021 di airasia.com dan aplikasi mudah alih untuk tempoh perjalanan antara 11 Januari 2021 dan 30 Oktober 2021.

Sepanjang tempoh jualan Big Sale, ahli BIG boleh mengumpul hingga 5 kali ganda BIG Poin untuk setiap tempahan hotel.

Ahli BIG juga boleh memilih untuk membayar menggunakan BIG Poin, manakala pengguna BigPay boleh membuat pembayaran segera dengan hanya satu klik dengan ciri 'One-Click' yang mudah dan selamat menggunakan kad BigPay.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata, 2021 membuka lembaran baharu dan AirAsia bersedia untuk kembali terbang tinggi.

"Untuk menyokong inisiatif Cuti-Cuti Malaysia oleh Tourism Malaysia dan mempromosikan perjalanan domestik, jualan Big Sale airasia.com menawarkan tawaran perjalanan dengan nilai terbaik untuk semua," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, AirAsia sudah meningkatkan semua langkah keselamatan dengan mengamalkan prosedur kesihatan dan kebersihan yang ketat di dalam penerbangan, untuk memastikan perjalanan yang selamat dan lancar.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 January 2021 @ 5:58 PM