Muar: Pengarah, komposer dan penyanyi rap kontroversi, Namewee dikenakan hukuman Perintah Kehadiran Wajib selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Muar, hari ini, atas tuduhan cuba mengaibkan seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Oktober 2009.

Namewee atau nama sebenarnya, Wee Meng Chee, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan Ketua Unit Pendakwaan Johor Saiful Edris Zainuddin.

Berikutan itu, Hakim Roziyanti Ahmad menjatuhkan hukuman penjara selama tiga bulan terhadap Namawee.

Bagaimanapun, hukuman penjara terbabit digantikan dengan hukuman Perintah Kehadiran Wajib dengan pihak Jabatan Penjara Malaysia.

Namewee juga dikenakan bon sebanyak RM5,000.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Disember 2014 @ 4:51 PM