NAMAWEE (kiri) di Mahkamah Majistret Pulau Pinang, Georgetown. FOTO Mikail Ong
NAMAWEE (kiri) di Mahkamah Majistret Pulau Pinang, Georgetown. FOTO Mikail Ong
Hadzlihady Hassan


Georgetown: Pengarah dan penyanyi rap kontroversi Namewee dibebaskan dengan jaminan polis, hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, penyanyi terbabit dibebaskan buat sementara sehingga polis menunggu arahan lanjut daripada pejabat Peguam Negara.

Namewee atau atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, 33, ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Ahad lalu.

Dia ditahan 3.20 petang sejurus tiba dari Taiwan dan dibawa ke Mahkamah Majistret Georgetown,di sini, Isnin lalu untuk direman.

Penahanannya itu dilakukan selepas hampir sebulan menjadi buruan polis kerana dia bersama tiga lagi lelaki merakam video berdurasi lebih empat minit yang didapati menghina agama.

Berita berkaitan:

Reman empat hari

Namawee ditahan polis

Polis buru Namewee

Namewee buat hal lagi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Ogos 2016 @ 1:38 PM