RAKYAT Turki berkongsi kartun yang dipaparkan ini sehingga menjadi viral serata dunia.

Mereka bertanyakan kepada masyarakat dunia di manakah sokongan terhadap Istanbul dan Ankara.

Kartun asal disiarkan oleh akhbar Perancis, Le Monde, pada pagi Selasa, bagi menunjukkan sokongan rakyat negara itu terhadap Brussels berikutan serangan ke atas bandar raya itu, pada 22 Mac lalu.

Kartun asal itu dilukis oleh Jean Plantureux - menggunakan akaun Twitter Plantu - yang memaparkan bendera Perancis cuba menenangkan Belgium dengan tertera tarikh serangan ke atas Paris dan Brussels.

Memang ramai memberikan sokongan terhadap kedua-dua negara itu.

Bagaimanapun, rakyat Turki mendakwa tragedi ke atas Ankara dan Istanbul tidak mendapat liputan meluas berbanding Brussels dan Paris.

Rakyat Turki, Yasmin Ahmed dipetik dalam laman web Independent, berkata: “There is unease as we share the cartoon by Plantu showing France expressing solidarity with Belgium. Where was our cartoon for those who have died in Turkey at the hands of terrorists? Why didn’t Downing Street raise the Turkish flag after the atrocities in Ankara?”.

Seratus rakyat Turki terkorban apabila Isis melancarkan serangan pada 10 Oktober 2015.

Selain itu, 28 terbunuh dan 61 lagi cedera dalam serangan bom kereta pada 17 Februari 2016.

Tiga puluh tujuh rakyat Turki terbunuh manakala 125 lagi cedera juga dalam serangan bom kereta pada 13 Mac manakala lima terbunuh manakala lebih 30 cedera dalam serangan ke atas İstiklal Avenue, yang juga dikenali sebagai Istiklal Street, di Istanbul, minggu lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Mac 2016 @ 9:40 PM