PASUKAN forensik memeriksa lokasi letupan. FOTO Reuters
PASUKAN forensik memeriksa lokasi letupan. FOTO Reuters
BERNAMA

Ankara: Menteri Dalam Negeri Turkiye Suleyman Soylu mengesahkan individu yang meninggalkan bahan letupan di Istanbul sudah ditahan.

Satu letupan berlaku di lokasi pelancongan Istiklal Avenue, Istanbul, pada petang semalam.

Menurut Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, sekurang-kurangnya enam orang terbunuh.

Soylu berkata, seperti yang dipetik oleh TRT World "orang yang meninggalkan bom itu sudah ditahan."

Menurutnya, siasatan awal menunjukkan, Parti Pekerja Kurdistan (PKK) dan sayap tenteranya YPG, yang kedua-duanya dikenal pasti oleh Ankara sebagai organisasi pengganas, bertanggungjawab atas serangan itu.

Naib Presiden Turki Fuat Oktay berkata, letupan itu menyebabkan 81 orang cedera, manakala 39 daripadanya sudah dibenarkan keluar hospital.

Menteri Kehakiman Turkiye, Bekir Bozdag berkata, seorang wanita yang dilihat duduk di bangku di Istiklal Avenue dan meninggalkan beg, sebelum letupan itu, disyaki melakukan aktiviti keganasan

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 November 2022 @ 11:04 AM