TAPAK projek SAMUR yang hampir siap di Sipitang. FOTO Edmund Samunting
TAPAK projek SAMUR yang hampir siap di Sipitang. FOTO Edmund Samunting
Ardyhansah Amat

Sipitang: Projek Ammonia Urea Sabah (SAMUR) yang dilaksanakan PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG) dijangka mula beroperasi pada pertengahan tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Chemicals Group (PCG) Bhd, Datuk Sazali Hamzah berkata, ketika ini lebih 90 peratus projek itu disiapkan selepas mula dilancarkan pada 2012.

"Dijangka pengoperasian kilang ini menambah kapasiti pengeluaran baja urea PCG sebanyak 1.2 juta tan metrik setahun sekali gus menjadikan SAMUR sebagai pengeluar baja urea kedua terbesar di Asia Tenggara.

"Selain itu, tambahan 1.2 juta tan metrik baja urea yang dikeluarkan SAMUR meningkatkan jumlah kapasiti pengeluaran PCG kepada kira-kira 2.6 juta tan metrik setahun," katanya di sini, hari ini.

Terdahulu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman bersama barisan kabinet negeri mengadakan lawatan kerja di tapak SAMUR bagi memantau perkembangan projek mega berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Mac 2016 @ 7:13 PM