MUSA (empat kiri, berdiri) bersama penduduk kampung yang menerima rumah dan geran komunal. FOTO Edmund Samunting
MUSA (empat kiri, berdiri) bersama penduduk kampung yang menerima rumah dan geran komunal. FOTO Edmund Samunting
Ardyhansah Amat


Sipitang: Seramai 33 keluarga miskin tegar yang berdaftar di bawah e-Kasih di daerah ini terpilih menduduki rumah di Mini Estet Sejahtera (MESEJ) Kampung Banting yang disediakan kerajaan negeri, di sini, hari ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata, pemberian rumah itu dilihat mampu meringankan beban keluarga berkenaan dalam usaha memiliki kediaman yang lebih selesa.

"Selain itu, mereka juga menerima tanah seluas 98 hektar secara keseluruhan bagi mengusahakan tanaman kelapa sawit sekali gus membantu meningkatkan taraf ekonomi masing-masing," katanya sempena Majlis Perasmian MESEJ Banting, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin dan Datuk Raymond Tan Shu Kiah; Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Radin Maleh serta Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar Sabah (LPPB), Datuk Ahmad Bujang.

Terdahulu, Musa menyampaikan geran komunal kepada 191 penduduk Kampung Iburu, sebelum melakukan lawatan kerja ke tapak Projek Amonia-Urea Sabah (SAMUR) di Sipitang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Mac 2016 @ 6:36 PM