ANGGOTA polis serbu penunggang yang terbabas selepas bertindak menunggang melawan arus ketika Operasi Lalu Lintas di Jalan Tun Abdul Razak-Ayer Keroh, dekat Bukit Sebukor, Melaka. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan

Nur Saliawati Salberi

Melaka: Lebih seratus saman dikeluarkan selain empat motosikal disita dalam Operasi Lalulintas, di tiga lokasi berbeza masing-masing di Jalan Tun Ali dan Jalan Tun Razak, di sini.

Operasi bermula kira-kira 12 tengah malam dan berakhir pada hampir 3 pagi tadi.

Jurucakap trafik berkata, segelintir penunggang sanggup mengambil risiko apabila menunggang melawan arus untuk mengelak ditahan.

"Kami memeriksa lebih 550 kenderaan termasuk 470 motosikal dan mengeluarkan 115 saman atas pelbagai kesalahan dan menyita empat motosikal.

"Antara kesalahan dikesan adalah menunggang tanpa lesen, lesen memandu tamat tempoh, melakukan ubahsuai pada kenderaan dan menggunakan nombor pendaftaran tidak mengikuti spesifikasi ditetapkan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Februari 2016 @ 6:30 PM