MOHD Rizal (foto kecil) didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan denda maksimum RM20,000, jika sabit kesalahan. FOTO Mohd Azren Jamaludin
MOHD Rizal (foto kecil) didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan denda maksimum RM20,000, jika sabit kesalahan. FOTO Mohd Azren Jamaludin
Izlaily Nurul Ain Hussein

Kluang: Pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas tuduhan memandu kenderaan secara melulu sehingga menyebabkan kematian bayi berusia lapan bulan, Sabtu lalu.

Mohd Rizal Ahmad, 33, didakwa memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian Nur Muhris Anas Anuar, lapan bulan, di Kilometer 55.8 Jalan Batu Pahat-Mersing, pada 11.50 pagi, 16 Januari lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda sehingga RM20,000, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Norafiah Saini, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,500 dengan seorang penjamin dan lesen memandunya diserahkan kepada mahkamah serta menetapkan 10 Mac depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia,bedah siasat serta laporan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 January 2016 @ 2:29 PM