Mohd Zulkifle diiringi anggota polis selepas dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru kerana memiliki dadah, hari ini. FOTO Hairul Anuar Abd Rahim
Mohd Zulkifle diiringi anggota polis selepas dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru kerana memiliki dadah, hari ini. FOTO Hairul Anuar Abd Rahim
Izlaily Nurul Ain Hussein


Johor Bahru: Seorang pekerja ladang sawit dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini terhadap tuduhan memiliki 399 gram kanabis, tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak menjatuhkan hukuman itu selepas Mohd Zulkifle Jamil, 29, mengaku bersalah terhadap tuduhan pilihan yang ditawarkan.

Tertuduh pada mulanya didakwa mengedar dadah sebelum ditawarkan tuduhan pilihan kepada memiliki dadah sebelum mengaku bersalah.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di kawasan semak di belakang sebuah stor di depan sebuah rumah di Parit Panjang, Ayer Baloi, Pontian, kira-kira jam 12 tengah hari, 15 Disember 2015.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6, Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(2) akta sama.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Norafiah Saini manakala tertuduh diwakili Noordin Hussin.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Disember 2016 @ 4:37 PM