Zainal jurulatih baru skuad Merah Kuning musim depan. Foto fail NSTP
Zainal jurulatih baru skuad Merah Kuning musim depan. Foto fail NSTP
Oleh Aziman Rosdi


Kuala Lumpur: Spekulasi siapakah yang bakal membimbing Selangor musim depan akhirnya terjawab apabila Zainal Abidin Hassan sah dilantik sebagai jurulatih dengan menandatangani kontrak dua tahun.

Pengumuman pelantikan itu dibuat sebentar tadi selepas Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) menyuarakan keyakinan atas pengalaman dan pencapaian Zainal selaku jurulatih selama 14 tahun termasuk membantu Pahang menjuarai Piala Malaysia 2013 dan 2014 dan Liga Super 2006.

Pengendali berusia 54 tahun itu mengambil tempat Mehmet Durakovic yang bersetuju menamatkan kontrak awal dengan bayaran pampasan dilaporkan hampir RM900,000.

Zainal bekas pemain Gergasi Merah akan mula melatih pasukan pada 5 Januari 2016 sambil dibantu K Gunalan selaku penolong jurulatih,

Azlisham Ibrahim sebagai jurulatih penjaga gol dan Norhudahiroshi Razak jurulatih kecergasan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Disember 2015 @ 6:35 PM