MEHMET Durakovic bersama pemain Guilherme de Paula (kiri) ketika latihan pada Disember 2014. FOTO fail NSTP Osman Adnan
MEHMET Durakovic bersama pemain Guilherme de Paula (kiri) ketika latihan pada Disember 2014. FOTO fail NSTP Osman Adnan
Aziman Rosdi


Shah Alam: Bekas jurulatih Selangor, Mehmet Durakovic mengakui skuad Gergasi Merah tetap di hatinya meskipun ditunjukkan jalan keluar selepas membantu merangkul kejuaraan Piala Malaysia ke-33 Disember lalu.

Durakovic, 50, yang mengadakan sidang media pertama sejak Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) melantik Zainal Abidin Hassan mengambil alih tempatnya mengakui menerima keputusan itu dengan hati terbuka.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah), pihak FAS dan semua penyokong kerana memberi sokongan selama saya membimbing Selangor.

"Saya menjadi kapten Selangor pada 1995 hingga 1998 dan kemudian menjadi jurulatih, jadi Selangor sentiasa menjadi pasukan di hati saya," katanya.

Durakovic berkata, buat masa ini beliau tidak terfikir untuk membimbing mana-mana pasukan kerana mahu meluangkan masa bercuti dengan keluarga.

Sebelum ini kontroversi timbul apabila FAS membuat keputusan yang tidak disenangi penyokong Gergasi Merah apabila menamatkan kontrak Durakovic bagi membawa masuk bekas jurulatih Pahang Zainal.

Durakovic yang dikatakan diberi bayaran baki kontrak setahun hampir RM900,000 menolak tawaran untuk menjadi pengarah teknikal Selangor.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 January 2016 @ 1:49 PM