GUNALAN (tiga dari kiri)  memangku jawatan sementara jurulatih  Selangor.
GUNALAN (tiga dari kiri) memangku jawatan sementara jurulatih Selangor.
Firdaus Hashim


Shah Alam: Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) difahamkan sedang mengintai tiga pengendali asing bagi menggantikan tempat Zainal Abidin Hassan selepas bekas pengendali Pahang itu dipecat kelmarin.

Menurut sumber dalaman persatuan itu, selain bekas jurulatih kecergasan Kedah Ramon Marcote turut menjadi tumpuan ialah bekas pengendali Bengaluru FC Ashley Westwood dan bekas jurulatih Selangor musim lalu, Mehmet Durakovic.

Katanya, ketiga-tiga jurulatih itu mempunyai rekod cemerlang ketika membimbing pasukan masing-masing dengan Marcote difahamkan calon paling dikehendaki Selangor.

“Ada beberapa nama yang sudah disenarai pendek namun kecenderungan lebih kepada Marcote. Ia kerana pendekatan jurulatih itu yang menggunakan permainan bola sepak moden dengan hantaran pendek selain pakar dalam bidang kecergasan.

“Begitupun, Durakovic juga boleh diambil kerana rekod baiknya ketika membawa pasukan menjuarai Piala Malaysia musim lalu. Malah Westwood turut berada dalam senarai itu, apapun kita tunggu hingga pengumuman yang akan dibuat kelak,” kata sumber itu semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Ogos 2016 @ 5:56 AM