Oleh Suliati Asri


Sedang memulakan perancangan untuk bercuti sepanjang tahun ini?

Syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines mempelawa 'pengembara' untuk merancang percutian sepanjang 2024 dengan awal dan nikmati tambang berbaloi untuk masa terhad menerusi kempen 'Malaysia Airlines Holiday Special'.

Menariknya tawaran untuk masa terhad ini menawarkan penerbangan ke pelbagai destinasi domestik dan antarabangsa bermula dari RM79 untuk Kelas Ekonomi dan Kelas Perniagaan dari RM408 sehala.

Promosi yang berlangsung sehingga 26 Februari, dengan tempoh perjalanan dari sekarang hingga 30 November ini bukan saja meningkatkan pengalaman perjalanan anda tetapi juga menawarkan perkhidmatan hospitaliti Malaysia bertaraf dunia.

Dengan komitmen yang tidak berbelah bahagi Malaysia Airlines untuk Tahun Melawat Malaysia 2026 (VMY 2026), syarikat penerbangan nasional ini juga bukan sekadar menyediakan penerbangan tetapi berhasrat untuk memberikan pengalaman menarik buat pelanggannya.

Secara tidak langsung, ia dapat meletakkan Kuala Lumpur bukan saja sebagai hub untuk Asia tetapi juga sebagai hub destinasi pelancongan dan penerbangan Asean yang sebenar.

Oleh itu, sama ada anda inginkan pertemuan semula dengan orang tersayang di Hari Raya akan datang atau meneroka tempat baharu sebagai destinasi percutian hujung minggu, anda boleh menikmati tambang istimewa bersama perjalanan yang lancar dengan Hospitaliti Malaysia.

Penerbangan domestik dari RM79 sehala untuk kelas Ekonomi ke destinasi termasuk Alor Setar, Johor Bahru, Kuala Terengganu dan Kuantan.

Pelancong yang mahu menikmati pengalaman perjalanan premium boleh memanfaatkan tambang kelas Perniagaan bermula dari RM408.

Alami pengalaman terbaik ASEAN dan bercuti ke Bangkok, Ho Chi Minh, Surabaya dan Bali bermula RM219 sehala dengan Kelas Ekonomi dan RM699 untuk Kelas Perniagaan.

Selain itu, Malaysia Airlines juga sedang meningkatkan kekerapan penerbangan ke destinasi percutian popular seperti Korea dan Hong Kong bagi memastikan pengalaman perjalanan yang lancar serta fleksibel untuk pengembara.

Kempen Percutian Istimewa Malaysia Airlines juga diperluaskan kepada syarikat penerbangan saudaranya, Firefly, untuk pengembara yang terbang dari Subang ke Kuala Terengganu dan Kota Bharu bermula dari RM119.

Juga penerbangan dari Pulau Pinang ke Kota Kinabalu, Kuching, Singapura dan Bangkok dari RM99.

Ingin pergi lebih jauh? Anda juga boleh memanfaatkan promosi istimewa ini ke salah satu destinasi antarabangsa paling popular Malaysia Airlines iaitu London bermula dari RM1,744 sehala atau perjalanan bebas visa ke China bermula dari RM732 untuk mengalami sendiri mercu tanda dan bandar raya yang ikonik.

Bagaimanapun, visa bebas ke China hanya terpakai untuk perjalanan sehingga 15 hari sahaja.

Malaysia Airlines juga terbang ke destinasi seperti Tokyo, Shanghai, Bangkok, Trivandrum, Ahmedabad dan banyak lagi.

Tidak hanya tambang istimewa, anda juga boleh merasai sendiri kemudahan fleksibel Malaysia Airlines dengan Ekonomi Flex yang menawarkan bagasi kabin 7 kilogram (kg), 35kg bagasi daftar masuk, akses pilihan tempat duduk standard, kebebasan untuk menempah semula atau menukar tiket tanpa bayaran, makanan percuma dan banyak lagi.

Selain itu, anda juga boleh menikmati keutamaan daftar masuk, menaiki pesawat dan tuntutan bagasi serta pengalaman perjalanan yang bebas dari kerumitan.

Bagi yang mahu menikmati perkhidmatan perjalanan premium, penerbangan Kelas Perniagaan pastinya tidak mengecewakan.

Penerbangan ini disertakan dengan elaun bagasi daftar masuk sebanyak 40kg, dua bagasi kabin 7kg setiap satu, pemilihan tempat duduk dan makanan percuma serta keutamaan daftar masuk, menaiki pesawat dan tuntutan bagasi.

Premium penuh ini juga memberi akses ke ruangan lounge terkemuka syarikat penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Bukan itu saja, anda juga boleh memanfaatkan pelbagai nilai tambah termasuk 20 peratus untuk bagasi tambahan, akses Golden Lounge, pakej nilai (kerusi standard + bagasi tambahan 10kg) dan diskaun pakej premium (tempat duduk tambahan di ruang kaki + akses Golden Lounge) serta 20 peratus mata ganjaran Enrich untuk tempahan dan diskaun 20 peratus untuk MHinsure serta jenama terpilih pada Temptations.

Untuk maklumat lanjut dan menempah percutian anda seterusnya, layari laman web rasmi Malaysia Airlines di www.malaysiaairlines.com atau https://www.malaysiaairlines.com/my/en/promotions/holiday-special.html

Atau muat turun aplikasi untuk mendapatkan promosi terkini dengan mudah di hujung jari anda pada bila-bila masa dan di mana sahaja!

Justeru, bagi anda yang merancang untuk bercuti di destinasi idaman sepanjang tahun ini, tempah percutian anda sekarang.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Februari 2024 @ 6:45 AM