MALAYSIA Airlines turut menawarkan tambang kelas ekonomi ke Sydney serendah RM1,779.
MALAYSIA Airlines turut menawarkan tambang kelas ekonomi ke Sydney serendah RM1,779.
Suliati Asri


KUALA LUMPUR: Jualan MATTA Fair Malaysia Airlines dilanjutkan sehingga 22 Mac ini bagi memberi peluang kepada pelanggan membeli tiket penerbangan ke destinasi pilihan pada harga murah.

Menerusi jualan MATTA Fair ini, pelanggan boleh menikmati tambang Kelas Ekonomi ke Kota Kinabalu dari serendah RM479, Kuching dari RM339, Pulau Pinang dan Langkawi dari serendah RM239.

Semua tambang pergi dan balik kelas ekonomi ke laluan antarabangsa pula boleh dibeli pada harga dari serendah RM2,899 ke London, RM599 (Bangkok), RM529 (Jakarta), RM789 (Manila), RM1,549 (Tokyo) dan RM1,469 (Seoul).

Malaysia Airlines turut menawarkan tambang kelas ekonomi ke Sydney serendah RM1,779, Shanghai (RM1,229), Kochi (RM619), Dehli (RM999) dan Bali (RM649).

Tambang itu bagi pelepasan dari Kuala Lumpur untuk perjalanan segera sehingga 15 Januari 2020.

Ketua Pegawai Hasil Kumpulan, Ignatius Ong berkata, pihaknya melanjutkan jualan MATTA Fair bagi memberi peluang kepada pelanggan menikmati tambang rendah yang ditawarkan tetapi juga tanda terima kasih Malaysia Airlines di atas kesetiaan serta sokongan pelanggan.

“Selain harga tiket yang rendah, tawaran ini juga termasuk elaun bagasi 30 kilogram (kg) untuk perjalanan kelas ekonomi ke destinasi antarabangsa dan 20 kg di dalam negara, makanan serta hiburan dalam penerbangan.

“Oleh itu, rancang percutian anda dan berbelanjalah sekarang,” katanya.

Tawaran lain termasuk diskaun untuk perkhidmatan di lapangan oleh rakan kerjasama MAS seperti Rentalcars, conxxe dan booking.com sepanjang kempen ini berlangsung.

Selain itu, pelanggan turut berpeluang memenangi dua tiket menonton perlawanan Liverpool FC (LFC) secara langsung di Anfield yang akan berakhir pada 22 Mac ini.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket, layari www.malaysiaairline.com.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Mac 2019 @ 10:00 AM